MAAF . AKU TERPAKSA :(


Blogging Is One Way To Express Feelings Right ? I'm Gonna Write Something About . Post Akan Berbaur Sedikit Kesedihan Dan Percintaan Antara Dua Insan . Bahasa Novel , Seperti Biasa Akan Digunakan Untuk Post Seumpama Ini . Harap Maklum Tuan-2 , Puan-2 , Adik-2 , Kakak-2 , Abang-2 , Nenek-2 Mahupun Datuk-2 . Kita Bermula Semuanya Dari Sini . Read My Story And Make Sure You Olls Prepare A Box Of Tissue Okay . This Maybe Will Make You Cryin Baby :D Cerita Bermula .
* Masuk Mood Sedih , Jangan Gelak . Eyy Jangan Gelak Aku Cakap ! :D *
Aku Tahu Aku Bukan Yang Terbaik Untuk Diri Dia Yang Sebegitu Sempurna . Aku Cuma Mahu Luahkan Perasaan Yang Selama Ini Aku Pendam . Maafkanku Sayangg Jika Engkau Terasa Sebak Atau Tersinggung Selepas Membaca Coretan Serta Luahan Hatiku Ini Wahai Pujaan Hatiku . Aku Hanyalah Insan Biasa , Aku Tak Mampu Berbuat Apa-2 Jika Seseorang Yang Aku Cintai Itu Berubah . Aku Hanya Redha Atas Perubahan Tersebut Serta Aku Hanya Mampu Berdoa Agar Dia Selesa Untuk Bergaul Dengan Semua Orang Dalam Pelbagai Keadaan Dengan Dirinya Yang Baru Itu . Aku Tahu , Diri Aku Sedikit Berubah Kebelakangan Ini . Acap Kali Di Dalam Kelas , Fikiranku Melayang Terkenangkan Dia Yang Berada Jauh Dari Pandanganku . Setiap Kali Aku Berada Di Talian Fb , Wajib Bagiku Untuk Menjenguk Profile Dia Yang BerDPkan Muka Yang Ganas Itu . Tak Lepas Dari Pandangan Mataku Walaupun Untuk Seketika . Adakalanya Bila Dia Berada Di Talian Fb , Aku Hanya Buka Profilenya Dan Hanya Menunggu Masa Untuk Dia Menegur Aku . Adakalanya Dia Langsung Tidak Pedulikan Aku Di Situ . Mungkin Dia Asyik Menonton Youtube , Fixie Atau Berchatting Dengan Gadis Lain . Aku Tidak Tahu Tentang Semua Itu Kerana Setiap Kali Aku Minta Password Untuk Access Masuk Account Fbnya Dia Mesti Bagi Aku Satu Alasan . Aku Tidak Tahu Mengapa Dia Cuba Untuk Tidak Memberi Passwordnya . Mungkin Dia Berchatting Dengan Perempuan Lain Dan Takut Semuanya Terkantoi . Aku Pun Tidak Tahu . Aku Tidak Suka Memaksa Sesiapa Pun Untuk Melakukan Sesuatu Benda . Sama Juga Seperti Dia . 


Setiap Kali Dia Me-pop-up Aku Di Fb . Aku Sering Berperwatakan Seperti Aku Sedang Tiada Mood Untuk Berchatting . Bila Dia Tanya Sepatah , Aku Jawab Sepatah . Sebenarnya Dalam Lubuk Hati Aku Yang Palingg Dalam , Aku Sedih Sebab Aku Terpaksa Melayan Dia Seperti Itu .  Tapi Aku Berkelakuan Begitu Kerana Sebab . Aku Hanyalah Perlukan Perhatian Lebih Dari Dia . Tetapi Pada Masa Yang Sama , Dia Tetap Endah Tak Endah Soal Perubahan Aku Ketika Berchatting . Tapi Itu Bukanlah Persoalan Yang Hendak Aku Kemukakan Di Dalam Post Ini . Hasrat Untuk Aku Bertanyakan Soalan Kepadanya Tidak Kesampaian Kerana Perasaan Takut Mula Menyelubungi Hati Serta Diri Aku Yang Lemah Ini . Soalannya Mudah . Aku Hanya Ingin Menanya Ini Kepadanya .
* Bie Tak Cinta Sayang Macam Dulu Lagikan . Bie Ada Perempuan Lain ? *
Aku Takut Untuk Menerima Jawapan Daripada Soalan Itu . Aku Takut Jika Dia Berkata .
* Memang Bie Tak Cinta Sayangg Macam Dulu Lagi Pun . Dah Berubah Dah Pun . Perempuan Lain . Yes Of Course Lahh *
Aku Takut Jika Dia Ada Yang Lain Kerana Dia Pasti Melupakan Diriku Di Sini Yang Mencintainya Sepenuh Hati Aku . Tapi yang Aku Perlukan Di Saat Ini Hanyalah Segenap Jawapan yang Sangat Ikhlas Dari Hatinya . Sejujur Hati Aku , Aku Takut Untuk Kehilangan Dia . Baru Pertama Kali , Aku Merasakan Bagaimana Badai Percintaan . Bagaimana Rasanya Turun Naik Sesuatu Hubungan .


Setiap Percintaan Perlukan Kejujuran Dan Pengorbanan . Hari Ini , Aku Langsung Tidak Menyentuh Atau Melihat Screen Handphone Kerana Aku Tahu Tiada Sebarang Pesanan Ringkas Mahupun Misscall Yang Akan Ditinggalkan . Setiap Malam Sebelum Tidur , Aku Selalu Berangan Yangg Kami Akan Hidup Bahagia . Selamanya . Setiap Malam Juga Lamunanku Terhenti Apabila Jiranku Akan Bermain Mercun Atau Bunyi-2 Yang Sangat Kuat . Sebelum Tidur , Seringkali Aku Berharap Agar Dia Ingat Aku Sebelum Tidur . Ingat Insan Yang Sangat Mencintainya Sepenuh Hati . Ingat Yang Aku Sentiasa Berada Di Sisinya Ketika Susah Mahupun Senang . Mungkin Cinta Aku Kepadanya Tidak Sehebat Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf , Tidak Seagung  Cinta Nabi Muhammad Kepada Siti Khadijah Tapi Aku Mahu Dia Tahu Yang Aku Tulus Mencintai Dirinya . Aku Tahu Walaupun Jika Dalam Hatinya Tiada Perasaan Cinta Dan Kasih Kepada Aku . Aku Tahu Dalam Lubuk Hatinya Yang Paling Dalam , Dia Mencintai Aku Walaupun Sedikit . Sejak Aku Mengenali Dia , Aku Ada Arah Tujuan Untuk Hidup . Ada Orang Yang Perlu Aku Bahagiakan Setiap Hari . Mungkin Baginya Aku Adalah Seorang Kekasih Yang Sangat Teruk Yang Pernah Dia Jumpa Selama Ini . Dia Pernah Memberitahuku Yang Aku Adalah Perempuan Yang Ke-9 Yang Dia Pernah Cintai . Tidak Semudah Itu Untuk Melupakan Semua Tentang Dirinya . 


Jika Seseorang Yang Anda Cintai Pergi Meninggalkan Hubungan Itu . Adakah Perlu Menangisi Semua Atau Redha Dengan Apa Yang Terjadi ? Kehilangan . Aku Pernah Sekali Kehilangan Seseorang Yang Aku Cintai . Dia Pergi Meninggalkan Aku . Aku Terkontang-Kanting Mengejar Cintanya . Sebak , Sedih , Marah , Gembira . Semua Perasaan Itu Sudah Asing Bagi Aku Yang Bergelar Sebagai Seorang Kekasih . Namun Kini , Itu Hanya Memori Yang Mampu Buat Aku Tersenyum Sendirian Bila Mengenangkannya . Setiap Kali Aku Menatap Gambar-2nya . Itu Sudah Cukup Untuk Membuat Air Mata Aku Jatuh Satu Demi Satu . Aku Menangis Bukan Kerana Penyesalan Kerana Pernah Mengenali Dirinya . Aku Menangis Kerana Gembira Kerana Allah Telah Menemukan Aku Kepada Dirinya . Walaupun Setiap Apa Yang Dia Buat Aku Tak Dapad Lihat Atau Perhatikan . Aku Tetap Gembira Kerana Dia Selalu Ada Di Samping Aku .  Dia Yang Memberikan Semangat Untuk Hidup . Kalau Dulu , Dia Sering Berkata Begini .
* I'll Never Leave You Hunny . I Love You So Much *
Tapi Sekarang , Aku Rindu Semua Perkataan Ini . Aku Rindu Bila Dia Memanggilku Hunny , Baby , Lover , Sayangg . Satu Benda Yang Mampu Buat Aku Tersenyum Sepanjang Hari . Hanya Satu Benda , Dia . Ya Allah Ya Tuhanku , Jika Inilah Yang Dinamakan Dugaan , Aku Terima Dugaan Kau Sepenuh Hati Ya Allah . Ampunkan Dosaku Serta Dosanya . Jika Kami Memang Ditakdirkan Untuk Bersama , Ya Allah , Aku Memohon Agar Engkau Jauhkan Lah Hubungan Kami Ini Dari Segala Kedengkian Manusia , Engkau Jauhkan Lahh Hubungan Kami  Dari Perkara-2 Yang Boleh Mencetuskan Pergaduhan Antara Kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Dan Maha Penyanyang . Kurniakanlahh Kesihatan Yang Sempurna Kepadanya Ya Allah . Aku Tidak Rela Melihat Dia Menanggung Kesakitan Mahupun Menanggung Sesuatu Derita Bersendirian . Kuatkanlah Imanku Untuk Menghadapi Semua DugaanMu Ya Allah . Aku Mahukan Terbaik Untuk Dirinya . Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim . Aku Memohon KepadaMu Ya Allah Dengan Penuh Rasa Rendah Diri . Ampunilahh Dosa-2ku , Kedua Ibu Bapaku , Keluarga Besarku Serta Ampuni Lahh Dosa-2 Orang Yang Aku Sayangi Di Sekeliling Aku . Amin . Amin Ya Rabbal Alamin ~


Ada Mungkin Dia Akan Sebak Melihat Post Ini ? Atau Mungkin Gembira ? Satu Yang Pasti . Aku Tak Mampu Hidup Tanpa Dia . Aku Cinta Dia , Aku Sayang Dia . Sungguh Dalam Hati Aku , Aku Akan Jaga Dia Sampai Ke Akhirnya . Satu Yang Pasti . Hanya Muhammad Ariff Syafzan . Mungkin Sampai Sini Sahajalah Yang Mampu Aku Luahkan Setakat Ini . Aku Tidak Mampu Menahan Air Mata Ketika Menulis Post Ini . Aku Sebak Lalu Menitiskan Air Mata . Jadi Jika Ada Sebarang Kesilapan Atau Kesalahan . Harap Semua Maafkan . Jika Ada Yang Tersinggung Atau Sedih , Saya Mintak Maaf . Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menghabiskan Masa Untuk Membaca Blog Ini . Assalamualaikum .